Welcome to KBP Minintod Blogsssss......

Kopivosian Pibabasan kumaa Tobpinai ngaavi.

Inilah perjalanan pelayanan bagi KBP Minintod sepanjang ia ditubuhkan pada sekitar tahun 1990-an yang lalu.

Segala cerita atau perkongsian di dalam blog ini, ambillah ia sebagai sesuatu yang boleh membina setiap diri kita.

So, Jangan malu-malu baca, kalau malu rugi maa...hahaha...dan kalau ada yang mahu di komen, komen yang membina saja tau...hehehe...

Segala komen dan nasihat, KBP Minintod dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga Tuhan Yesus memberkati kita semua. Amen!!!


About Me

KBP atau lebih dikenali sebagai Komiti Belia Pelaksana adalah satu komiti yang ditubuhkan di Paroki Penampang yang bertujuan menjadi penghubung kepada Tim Pelayanan Belia Paroki Penampang (TPBP) berkenaan dengan segala aktiviti yang dijalankan di peringkat Paroki Penampang. KBP Zon Minintod terdiri daripada 1 gereja dan 2 Chapel; St. Marcellinus Church, St. John Chapel dan St. William Chapel.

Tuesday, July 21, 2009

YOUTHS ACTIVITIES


Ahah!!!
Mau tau apa aktiviti belia di Zon 4?

Inilah dia..
1. Perbincangan dalam kumpulan
2. Latihan Coir Setiap hari Jumaat jam 8.00 malam


Para geng-geng jejaka yang hensom-hensom, semangat betul mau menyanyikan lagu-lagu pujian Tuhan.


















Monday, July 20, 2009

Shirley: Pengalaman Pilgrimage Phillipine 2008

Saya telah mengikuti rombongan Pilgrimage dari Zon 2 Inobong ke Philipine pada tahun lalu.
Ia merupakan pengalaman yang sangat indah dan tidak akan pernah saya lupakan. Pengalaman bertemu dengan Tuhan Yesus adalah sesuatu yang sangat indah dan ini tidak akan pernah saya lupakan.
Perjalanan ke Bandar Clark mengambil masa selama 2 jam. Setiba sahaja di bandar, rombongan bertolak ke bandar Manila dengan menaiki bas selama 2 jam lagi.
Rombongan menginap di salah satu Hostel di tengah bandar Manila (lupa nama hostel). Ianya merupakan hostel yang sederhana, tetapi ianya cukup selesa.
Ditulis oleh: Shirley Maurice