Dewan ICCC, Inobong, Penampang – Pada 28hb – 30hb Ogos 2009 lalu, Komiti Penganjuran Penampang Youth Day-1 (PYD-1) bersama-sama dengan semua ahli KBP dari 14 Zon seluruh Penampang telah berhasil melaksanakan program ini dengan jayanya. Objektif bagi penganjuran PYD ini adalah:
a) Agar belia dapat membentuk identiti diri belia sebagai seorang kristian katolik
b) Menyedarkan belia betapa mereka merupakan harapan dan tunjang kepada masa depan gereja dan masyarakat
c) Agar mereka dapat bersaksi kepada orang lain terutama sekali di dalam keluarga
Kemeriahan dapat dirasakan melalui raut wajah-wajah belia Penampang. Penglibatan seramai 317 orang belia yang begitu bersemangat dapat dirasai dari setiap peribadi yang menyertai PYD ini.
Dilihat pada hari pertama sahaja ketika malam konsert Selamat Datang ke PYD-1, telah menunjukkan betapa mereka sangat bersemangat. Ditambahkan lagi dengan perkongsian yang telah diberikan melalui katekesis-katekisis yang bersesuaian dengan tema ‘Kita Menaruh Pengharapan kepada Allah yang hidup” di mana ianya dipetik daripada 1 Timotius 4: 10 telah menambahkan lagi semangat dan keterbukaan yang lebih lagi kepada belia terutamanya terhadap pelayanan. Apa yang menarik, suara ketidakpuas hati para belia mengenai belia itu sendiri dapat diungkai. Belia yang melihat situasi ini, rupa-rupanya tidak puas hati dengan belia suka melepak, membuang masa, gangterism, vandalism, melatah, mempunyai hubungan sejenis, terlibat dengan dadah dan yang paling penting adalah melihat belia yang kurang terlibat di dalam pelayanan gereja. Ini menunjukkan bahawa, belia-belia Penampang prihatin dan sedar akan semua masalah yang dihadapi oleh belia masa kini! Suatu pengharapan baru muncul, di mana ianya kesan daripada persembahan Konsert Tematik yang disampaikan oleh 3 Gabungan belia melalui tarian dan lakonan juga sangat baik dan berkesan.
Lagu Belia Penampang ‘Generasi Masa Kini’ yang liriknya dicipta oleh Sdra. Henry John dan melodinya pula dicipta oleh Sdra. Joe Sarawak, juga menjadi lagu pembakar semangat bagi semua belia di Paroki Penampang di mana lagu ini benar-benar menyemarakkan lagi semangat para belia, kerana merekalah generasi masa kini yang mengukir dunia.
Plant Pot Sizes Chart
1 year ago
No comments:
Post a Comment